Friday, April 18, 2014

If we can't be clever, be kind

Masa tulis entry ni orang sekeliling tengah sibuk bicarakan tentang kemalangan & pemergian mendiang Karpal Singh awal subuh tadi. Macam biasa, media sosial ni akan melahirkan banyak ahli parlimen, sainstis ujikaji air kencing dan penasihat kepada brand Toyota Alphard. Dan paling hawau sekali bila dicampurkan sekali dengan isu politik. Sorry kalau ada terasa. Kita ni semua manusia biasa. Mati itu pasti. Tak luak pun harta benda kita kalau kita beri sedikit rasa hormat kita pada yang dah mati mahupun pemandu lori tu. Tak luak. Percayalah.

Lagi satu tentang kejadian feri karam di South Korea. Kebanyakannya semua student lagi. Setakat ni dah meragut 6 nyawa. Kasihan sungguh bila difikirkan dengan cuaca, dengan kesejukan laut. Kita yang dewasa ni pun belum tentu dapat bertabah bila dalam keadaan macam ni. Ada ibu bapa siap tunggu di jeti untuk tunggu anak mereka. Sedihnya Ya Allah. Masa baca berita ni terus tanya kat diri sendiri. Kalaulah jadi pada diri sendiri, sempat tak nak mintak maaf pada mak. Sempat tak nak mintak ampun. Banyak dah ke pahala yang dibawa. Hmm sungguh macam macam dalam fikiran. 

Masa ni tuan tanah dapat rasakan kesedihan keluarga yang terlibat. Tak kira la keluarga mendiang Karpal Singh ataupun keluarga feri karam. Teringat kat arwah Abah. Hati ni rasa pedih. Nak meraung semahu mahunya. Dan dalam masa yang sama rasa bingung. Ntahla. Tak dapat tuan tanah nak describe perasaan bila kita kehilangan orang yang kita sayang. Bila kes kes macam ni jadi, memang tuan tanah agak emosi.

Semoga segala urusan mereka dan urusan kalian dipermudahkan. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua. Semoga kita semua diberi kekuatan menempuh hari hari esok. 

2 comments:

  1. Nauzubillah. Semoga kejadian macam tu xjadi kat kita & family. Allah yang tentukan segala Nya. Masa baca pasal feri karam tu memang sedih sangat. Berturutan pula tragedi yang melibatkan public transportation sekarang ni. Salah 1 cara Allah nak ingatkan kita pasal kematian.

    ReplyDelete